P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

31 Ogos 2009

selamat berpuasa dan menyambut hari kemerdekaan... merdeka3x!!!

Salam ramadhan kepada semua.. . hope x terlewat la nak wish selamat berpuasa walaupon dah masuk hari ke 10 ..
serta salam satu Malaysia … selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun.. aq bangga sungguh menjadi anak malaysia
Negara yang aman, damai dan tenteram. Alhamdulillah…
hehehehe…. Dah lama benar x mencoret kat dalam blog nie… xde apa yang hendak dihebahkan until aq terdengar sesuatu yang kurang sedap didengar n kurang senang dipandang.

Nie semua kerana kes kebudayaan Malaysia yang dipersoalkan oleh jiran tetangga kita, iaitu Indonesia.. kenapa isu ini timbul? Adakah kerana pihak Indonesia terasa amat cemburu dengan pembangunan yang dikecapi oleh Malaysia? Ataupun ada segelintir pihak yang mahu kedua-dua Negara jiran ini bertelagah?

Isu batik, wayang kulit, barongan, kuda kepang, keris, rending dan lain-lain lagi menjadi pertikaian pihak Indonesia… siapa yang ada hak keatas perkara-perkara tersebut…..?

Pelik sesangat la mengapa hal ini leh timbul setelah Malaysia mengecapi kemerdekaan yang ke-52 tahun…memang tidak salah batik Malaysia berasal dari Indonesia tetapi telah diolah dan menjadi kesenian Malaysia.

Bagi aq kesemua kesenian yang ada di malaysia nie memang di bawa oleh bangsa-bangsa tersebut dan di kembangkan supaya tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang di malaysia. Cuma di Malaysia ni bangsa-bangsa tersebut di letakkan di bawah satu rumpun seperti melayu, cina, india dan lain-lain. Tanpa segan silu aq pon berketurunan jawa, tetapi kat ic aq xde lah tulis bangsa jawa.. aq pon ada hak keatas kesenian nenek moyang aq yang berketurunan jawa.. so x salah kalau aq bangga dengan budaya jawa aq di Malaysia walaupon aq dilahirkan sebagai warganegara Malaysia berbangsa melayu… walaupon aq paling suka ngan tarian zapin,,.. huhuhu.. best woo.. lagi-lagi kalu bebudak kecik yang menari.. tomeynyerrrrr......hehehehe

ok....Aq nak ada pihak yang dapat membuka mata kenapa tercetusnya pertikaian seperti ini.. jika ini berlaku, kenapa pihak dari india dan china tidak membuat usul bahawa masyarakat india dan cina Malaysia meniru 100% budaya mereka? Kalau nak mempersoalkan perkara ini, memang makin panjang la blog aq nie…

Just nak rakyat Malaysia bangkit dan tidak tunduk dengan desakan pihak yang ingin melihat kita runtuh.. kita satu Malaysia. Bangkit dan terus semangat untuk memperjuangkan kedaulatan dan keharmonian di Malaysia. Huuhu… semangat kemerdekaan nie.. patrotik sungguh…

Kita satu Malaysia… rakyat didahulukan… pencapaian diutamakan…

Hidup Malaysia……..

Salam Ramadan dan selamat hari merdeka kepada semua.. cintailah Negara kita… jangan biarkan kita dijajah semula… maruah kita bukan untuk di injak-injak…….
letaklah dia di tempat yang bersesuaian dengan pencapaian yang telah kita kecapi…wasalam…..




2 comments:

Tunjuk Bintang berkata...

salam..

merdeka kali keberapa?
ke 32..
keberapa?
ke 32..
kali keberapa?
ke 32..
salah lah ngok!
yang ke 52 tahun...
eh.. dah tukar kah!

Unknown berkata...

mangkok.. tersilap la dok....... mangkok bin jamban tol huahuahuahua....