P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

27 Disember 2009

mainan jiwa-rini


Semanis vanilla atasnya whipped cream

Selalulah dengan senyummu

Selembut mentega yang cair di bibir

Kau lontar kata-kata manja


c/o Apa sebenar yang kau pendam kan

Di dalam hati buat diri ku

Yang tidak arif permainan jiwa

Atau sekadar

Mahu mencuba kekuasaanmu

memukau sukma para wanita

Yang serba naïf sepertiku

Apakah sebenarnya

yang kau pendamkan

yang kau pendamkan di hatimu buatku



Halus caramel di hidangan jelly

Sentuhan pada jejarimu

Senyaman aroma dari secangkir latte

Perasaan tenang ku dengan mu



Atau sekadar

Mahu mencuba kekuasaanmu

memukau sukma wanita

Yang serba naïf sepertiku

Apakah sebenarnya

yang kau pendamkan

yang kau pendamkan di hatimu buatku

Apakah sebenarnya

Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa

Yang serba naïf

Atau pun kau sekadar

Mahu mencuba kekuasaanmu

Memukau sukma wanita

Apakah sebenar-benarnya…?

Katakanlah

Yang kau pendamkan di hatimu

Buatku………………..

24 Disember 2009

AVATAR


penantian yang begitu lama untuk menyaksikan filem epik hasil dari buah tangan pengarah terhebat ini (james cameron) sungguh berbaloi... dari filem yang maha hebat pada tahun 90an (titanic) hasil dari cetusan idea  pengarah terulung ini boleh dikatakan terlalu sempurna untuk di kritik...

setelah hampir 13 tahun serta kos yang melebihi USD250 juta akhirnya filem avatar telah di tayangkan di pawagam seluruh dunia...


dan aq juga tidak terlepas menanti saat yang sesuai untuk menyaksikan filem ini... walau dalam kesibukan yang melampaui batas... aq mencari ruang waktu untuk menonton filem ini... hasil dari maklum balas penonton yang telah menyaksikan filem ini yang menyarankan aq untuk melihat filem ini sendiri, akhirnya aq berjaya mendapatkan sekeping tiket untuk menyaksikannya dengan mata kepala aq sendiri....


dari detik permulaan sehingga penamat cerita, aq tak berganjak dan cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada filem tersebut ( tapi aq kecewa coz pada jam kedua, aq terpaksa pegi ke tandas kerana keadaan dalam panggung yang begitu sejuk... haruskah aq mencari masa lagi untuk menonton filem ini buat kali ke dua?).



dengan jalan cerita yang amat menarik, mengupas isu persekitaran, kekuasaan, ketaatan kepada kepercayaan(agama) dan pemimpin, sikap mengambil tahu, serta sifat tamak n mahu menjadi penakluk dunia( dalam filem nie pandora), sifat berani mencuba, serta di celah2nya ader di selitkan cerita cinta semestinya... cinta 2 darjat.. cinta buta,,, cinta sejati..... semua fasal cinta... adesh...



aq x malu jika aq mengatakan aq hampir2 menitiskan air mata ketika babak2 yang begitu sadis... ketika pihak tentera memusnahkan pokok yang tertinggi n terbesar yang menjadi perkampungan masyarakat asli...


kalau nak di ceritakan tentang kebaikan masej yang hendak di sampaikan oleh filem ini, mungkin ader 3@4 pages pown x tentu lagi cukup...
kata2 yang terniang2 di telinga aq




"orang langit... kami seperti mengisi cawan yang penuh......."

"cawan saya masih kosong... saya harap awak boleh mengisikannya.. percayalah... "


kalau nak tahu maksud ayat tersebut... tontonlah filem avatar



 aq cadangkan tontonilah filem ini... x rugi pown... selain grafic yang menarik, banyak masej yang fositif yang di sampaikan.....

10 Disember 2009

Twilight New Moon


salam.... dalam xder masa nie sempat gak menonton wayang tadi... huhuhu.... aq ngok ceriter twilight new moon ... peh mang dashat giler la ceriter dia... sebenarnya aq x mo nengok ceriter nie coz aq x tengok pown ceriter nie yang pertama tu.. macam busan jerk... so aq pown ambil je la ceriter tu....  masa 1st masuk je aq dah nak nak mawah dah... dah ler ceriter aq x berapa suka..... bayangkanlah sampai 20 minit lampu dalam wayang tu x bertutup... terang benderang wei panggung wayang tu... silau mata aq..... orang lain pown dok gelisah la ngan pengurusan panggung tu ( kat jusco tebrau nie).... pas lampu terpadam, sound system dia plak prob.. hampir 3 minit ceriter tu tanpa suara... orang yang menonton plak yang bersuara...hampes sangat....

dengan jalan ceriter yang aq x berapa fahan pada setengah jam yang pertama, aq pown meneruskan la tumpuan aq kat ceriter nie... tiba2 keadaan yang bosan bertukar menjadi agak mengujakan. dari babak bella meneruskan hidupnya tanpa edward dan kedatangan jacob yang menceriakan kembali hidupnya...edward terpaksa meninggalkan bella sendirian. tanpa ada perlindungan, bella berdepan dengan musuh tradisinya victoria yang tersangat ganas... tapi babak victoria nie sikit sangat... x puas tengok aksi victoria nie....

so jacob la yang mengambil alih menjaga n memastikan bella dalam keadaan yang baik...stat tu la jacob jatuh cinta dengan bella... ha nak tau kesudahannya..... tengok sendiri ea.. hahaha...


tapi sesiapa yang tengok ceriter nie mang akan merasa sedih... kepada yang mamat2 jiwang tu sediakanlah tisu hokey.... so persoalannya adakah bella akan menerima lamaran edward atau meneruskan kehidupan dengan jacob.... waaa
sampai bella berkata.......
 jangan memberi aku membuat pilihan kerana aku sudah ader pilihan sendiri...cinta pertamaku akan kekal selamanya............
peh.... tersayat hati wooooooooo.....................

tapi di sebabkan dari kesan kesilapan teknikal tadi maka aq x dapat menghayati permulaan ceriter dengan baik.... macam nak g tengok ag jerk.. huhuhu

p/s: fadli, aq x berharap orang komen kat blog aq pown... its up to them la kan nak tinggalkan meseg atau x... yang penting blog nie akan terus hidup .... hahahhaha.....

07 Disember 2009

my new pets........alohaaa.......

hai semua... dah xder nak seday2 ag sekarang nie... heheh...
sekarang aq dah der rabbit... heheh... dah x tau nak letak nama pe dah... so aq panggil je la seko tu itam n seko lagi putih... abesh ceriter... dah sama ngan nama kucing aq.. ahaks....
wat masa nie rabbit2 tu semua stil ok jerk...
huhu.. if ader perkembangan terkini about mereka aq akan share la ngan korang semua....



this my new budgie... seko mati 3 yang di ganti.. ahaks....

03 Disember 2009

pemergian yang tak ku duga....


asalamualaikom semua...
hari ini merupakan hari yang begitu sedih untuk aku harungi.. payah... longlai hidupku yang sebelum ini begitu ceria untuk menguruskn semua haiwan peliharaan aq... pada 3 dicember 2009 jam 9.00am, seekor budgie kesayangan aq telah mati.. seday sangat rasanya...
pas tu aq tengok neon gupy yang baru aq beli semalam telah mati 3 ekor lagi.. tinggal seko je sekarang... adesh.....
pada petang nya plak aq mendapati lola aq pown dah tinggal nyawa2 ikan saja... mang hari yang begitu seday bagi aq... tak tertanggung perasaan nie...dalam keadaan yang tinggal nyawa2 ikan tu, sq biarkan dia berada di dalam rumahnya.... biarlah dia berasa nyaman sedikit sebelum meninggalkan aq buat selama2nya....
aq tak pernah merasa kehilanyan seperti ini... x dapat nak aq gambarkan perasaan aq sekarang nie.........

29 November 2009

nasib, suratan atau kecuaian?

semenjak dua menjak nie banyak kes kecurian berlaku di kalangan rakan2 aq... memang seday sangat... ari tu kawan aq(fadli) kehilangan dompet n hp yang baru dia beli...pas tu abang nasa pula kehilangan laptop kesayangan dia semasa bercuti di kawasan felda semasa berhari raya....aq pown x tau nak cakap macam mana lagi.. sedikit masa dulu gf aq pown ader kehilangan hp yang baru dia beli, puas dia cari tapi x jumpa... hari nie pula adik perempuan fadli mengalami nasib yang sama semasa menggunakan tandas di salah sebuah pasaraya yang besar di tampoi.. dompet dia tertinggal di tandas. tak sampai beberapa minit dia meninggalkan tandas tersebut, dompet tersebut telah tiada.. sedaynyer... nie nak cakap kes cuai @ sikap yang x bertanggung jawab rakyat malaysia.?

susah sangat ke nak jumpa orang yang jujur?.. aq ader berjumpa dengan orang yang jujur.. kejadian nie berlaku pada tahun lepas semasa aq menonton wayang bersama gf aq di aeon tebrau city. memang aq x perasan la, bila hp tu tercicir( masa tu aq pakai seluar yang ader banyak poket).. aq merasa memang xder rezeki aq untuk memiliki hp tersebut. tapi gf aq nie lain sikit. dia g semula kat panggung wayang tu( pas minta kebenaran dari pegawai panggung wayang).. tapi hampa. x jumpa walaupown telah merangkak di bawah kaki penonton panggung wayang... pas tu gf aq pown call semula hp aq dan ader seorang amoi cina yang menjawab. dia tanya memacam la. jenis hp aq, wallpaper yang aq gunakan. masa tu macam kene soal siasat dari polis plak rasanya.

lepas tu, amoi tu suruh aq g kat garden cafe di sisi aeon tebrau city tu n amoi tu kembalikan semula hp aq. aq memang terkejut la coz amoi tu begitu jujur. dia meminta maaf dengan aq coz tanya banyak soalan. dia kata dia takot orang lain yang ambil hp tu. nasib la wallpaper yang aq gunakan tu pic aq sendiri.. hahaha..( ha .. pas nie letak la wallpaper pic sendiri k.senang kalau ader pepe yang berlaku..) n aq pown mengucapkan jutaan terima kasih kat  amoi tu,, nasib la masa tu dia bawak anak dia minum kat cafe tu.. niat aq memang nak belanja dia makan tapi dia menolak.. sejak dari kes tu aq dapat satu pengajaran,. jangan ambil barang yang bukan hak kita.

tapi memang sukar la berjumpa dengan orang yang jujur nie. lagi2 selepas kejadian yang berlaku kpd kawan2 aq.. adeshhhhh... nilai murni rakyat malaysia kini telah tiada.
jadi, bagi aq semua kes kehilangan nie adalah dari sikap manusia yang careless @ cuai. jadi berhati2 lah n sentiasa berjaga2 dengan barang2 korang semua.

28 November 2009

video yang aq buat.. hehe.. testing power sat

http://www.youtube.com/watch?v=rGpH8LSbids



pas dengar je lagu tu( tarikan nafas terakhir-salma), terus buat video tuk lagu tu.. lagu tarikan nafas terakhir nie adalah lagu nyanyian syarifah aini dan telah di beri nafas baru oleh gadis dari singapore ini...


Nafas ku yang terakhir ini..
hanyalah ku tujukan padamu..

Kini saat yang terakhir
Ku pinta maaf kepadamu
Jauh dari lubuk hatiku
Tak pernah ku dendam padamu
Bila engkau tak percaya
Ku rela korban jiwa raga
Kini saat yang penghabisan
Kuharap kau datang kepadaku


^^Berulang kali ku nyatakan
aku sayang padamu
Berulang kali ku meminta
Peluklah belailah daku
Ohh… itu x pernah terjadi
Semua harapan belaka
Nafas ku yang terakhir ini
Hanyalah ku tujukan padamu…


--Bukan aku tak ingin memelukmu
Bukan aku tak cinta kepadamu
tapi maafkanlah bahawa sesungguhnya aku meronta
Disaat terakhir ini kau mengucapkan cinta kepadaku
Maafkan aku sayang

hope enjoy la ngan lagu nie.. dah puas nak tepek video dalam blog nie tapi x leh.. so aq bagi link ke u-tube nie untuk korang nilai sendiri hasil kerja aq.. hehehehe...... 

26 November 2009

selamat menyambut raya haji.....


emmmp.. esok dah masuk raya haji... di kesempatan nie, saya zain_azuan ingin mengucapkan selamat hari raya haji kpd semua umat islam di malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya...
hope dengan datangnya bulan haji ini dapatlah kita meningkatkan ketakwaan kita kpdnya... insyaallah...


pada mak ayah dan adik beradik yang lain, wan mintak maaf atas segala dosa wan yerk... taon nie wan x dapat balik beraya coz kene kerja,....  hope semua enjoy kat kampong yer... wasalam....

24 November 2009

budgie..

Salam semua.. dek kerana masa yang amat suntuk untuk aq menulis panjang lebar nie la ahli keluarga terbaru aq… budgie….


08 November 2009

cucu2 ku sayang..........

Lamanya x update blog nie.. maklom la .. dah dapat cucu baru.. hehehe… seronok beno rasanya bila draff yang fazli beri kat aq dulu tu dah beranak.. 6 ekor semuanya… serian aq plak x tau ag bila nak beranak… pewot dia membuyung semacam. Ari tu dah berdarah2 dah.. tapi x tau la.. takot nak ganggu dia.. nanti dia makan anak dia pulak…
















X lupa kepada pasukan n9 yang telah memenangi piala Malaysia semalam.. tahniah… korang mang power jang…… dapat membenamkan pasukan yang agak kuat gak la kan.. kelantan… tapi seday la plak ngok pangai segelintir penonton yang agak emo ngan kekalahan pasukan mereka sampai membakar tempat duduk di stadium nasional bukit jalil tu….. adat la abe wei.. kalah menang adat petandingan..jangan terlalu emo sangat yer… sekali lagi tahniah la kepada pasukan negeri Sembilan.. penantian selama 61 tahun anda sudah berakhir…


p/s: bila plak nak ngok pasukan dari selatan tanah air nie membawa pulang piala Malaysia….


28 Oktober 2009

ular... pssssssss

Dah lebih seminggu x post n3…sekarang nie terlalu bz … by da way… aq skang dah der 4 ekor hamster… sepsang serian n sepasang lagi campell… thankz fadli coz memberi aq sepasang champell tu walaupown mereka agak nakal… habis botol air yang baru dibeli digigitnya sampai bocor… nasib ko la….huhu


Selepas aq membela hamster memacam binatang lain dok nak masuk umah aq.. cohtohnya kucing debeb jiran baru aq, lipan n ular…


Yang paling gempak mesti la masa ular berlingkar nyenyak kat tepi mesin basuh.. akak aq yang nak g mandi hampir terpegang ular tersebut kerana menyangka tali kasut… nasib la dia perati bebetul.. kalau x… huhu.. x tau la nak cakap pe….

Pas akak aq pasti benda tu ular dia cepat2 mengejutkan aq… biasanya dalam pukul 7 am aq lom bangun ag… maklom la tido pukul 3@4am.... Akak aq terpaksa kejutkan aq coz abg ipar aq terpaksa menggantikan rakannya yang shif malam…masa aq tengok mang geleman la seluruh badan aq dengan ular nie… aq mang penggeli ngan reptilian nie.. dengan pantas aq mencari kayu ( yang aq dapat kayu mop) terus aq palu kepala ular tu… dengan hanya 2 kali hentakan ular tersebut dapat aq tewaskan.. huhu…

Masa membunuh ular tu dalam kepala aq hanya menjaga keselamatan keluarga aq sahaja.. so Alhamdulillah, xder pepe yang pelik berlaku pada aq mahupun akak ku….


17 Oktober 2009

tulang belakang



12 tahun dahulu aq telah mengalami kemalangan jalan raya yang agak teruk.masa tu, aq baru balik dari sekolah agama.. masa zaman persekolahan aq memang pergi & balik sekolah jalan kaki jerk. Nak di jadikan cerita, pada masa tu aq telah di langgar motosikal yang di tunggang oleh budak yang sebaya dengan aq… peh, lutut aq terkoyak, tapak tangan aq dah tidak berkulit .. masa tu mak baru je buatkan baju baru.. abes baju baru aq.. orang lain just tengok je aq kene langgar… xder sorang pon nak tolong.. x per lah.. dah nasib badan kan.. aq pon berjalan je la balik umah ngan seluar putih aq bertukar jadi merah.. sambil berjalan aq menangis(malunya kalau ingat balik).. sampai kat umah je mak terkejot la apa yang berlaku kat aq.. masa tu ayah aq xder.. ayah g menjala ikan.. jiran aq la yang sibok2 cari budak yang langgar aq tu.. pas dah jumpa, bapak budak tu datang kat umah n minta maaf.. mak pon terima je lah, n anggap benda dah nak jadi, terima je la.tu semua qada’ n qadar Allah s.w.t. ..


Pas tubx de pe2 yang berlaku.. Cuma lutut aq yang sakit jika berdiri lama. Now pas 12 tahun berlalu, aq mula terasa kesan nya.. belakang aq akan terasa sengal2 n sakit2.. until suatu hari aq terjatuh. Sakitnya bukan kepalang. Pas aq dah x tahan nak tanggung sakit, aq pergi la berurut.. takot la nak jumpa doctor.. mane tau aq kene masuk wat ke ape ke…x mo la…

Masa berurut tu, badan aq mang dah terasa tepu sangat.. xder geli2 ape pown.. mang sedap betol la orang tu urut.. tetibe je dia cakap tulang belakang aq nie bengkok ke kanan.. aq pon tersentak gak la kan.. walaupown dulu aq selalu gak g berurut, tapi xder sesiapa yang dapat kesan tulang belakang aq nie bengkok( coz diorang urut bahagian kaki jerk)… terkejot bewok aq dengan kenyataan tu.. tapi mang betolla kan,aq penah kene tego ngan kawan aq yang aq nie jalan tekedek2 a.k.a. terhencut2.. huhu.. malu gak la masa tu.. yang aq tau aq jalan macam tu coz lutut aq yang prob…

Skang nie aq dah dapat tau punca sebenar mengapa kaki aq macam ie.. huwahuwahuwa, sedihnya aq… dah x leh nak angkat barang2 yang berat lagi… insyaallah aq nak wat x ray tulang belakang nie.. aq dapat tahu yang masalah tulang belakang boleh menyebabkan lumpuh.. takotnya…

So sesiapa yang pernah terjatuh atau pernah xciden terutamanya yang melibatkan bahagian belakang, cepat2 lah mendapatkan rawatan dihospital.. buruk padahnya.. sesal kemudia dah xder gunanya dah.. tanggung je la akibatnya…


10 Oktober 2009

kambing.. embeeeekkkkk!!!!!


Dua hari nie aq g kursus kambing kat kluang.. peh best giler…. Mang banyak la yang aq pelajari… aq fikir nak bela kambing nie senang jerk.. just bagi makan minum n ubat kambing dah sihat.. rupenyer banyak lagi perkara yang kita kena buat… bersihkan kandang.. pengamatan terhadap baka kambing… mencari makanan tambahan… memeriksa kandang n banyak lagi lah… mang memerlukan tenaga kerja 100%... mang terasa la segala lemak2 kuih raya, ketupat n rendang raya ri tu nak terkeluar. Letih wei….



Setelah selesai kursus aq pon ader berkenalan ngan seorang la penternak nie.. bro ‘S’… visinya begitu jauh… dia mempunyai kandang kambing di simpang renggam dan mempunyai lebih krang 13 ekor kambing, 4 jantan n 9 betina… dalam dok berbincang nie, dia mengutarakan berbagai2 misi yang hendak dicapainya… dari apa yang di katakannya, aq tertarik dengan salah satu misinya, iaitu menubuhkan satu syarikat kerjasama( syare venture). Memang betul kata2 dia nie. Kalau kita nak memulakan penternakan kambing secara persendirian, modal yang diperlukan terlalu tinggi,. Sebagai contoh bajet untuk mendirikan reban yang berkapasiti 50 ekor memerlukan modal lebih kurang 40k hengget.. itu belum termasuk kambing yang hendak di ternak… begitu juga dengan makanan , ubat2an n lain2 lagi.. tenaga buruh yang di perlukan juga amat terhad… jika kita membuka satu syarikat(syerventure), modal terkumpul menjadi besar, tenaga kerja menjadi maksimum( semua peserta melakukan tugas) n masalah penyakit kepada ternakan dapat dikurangkan..


Dari kata2 dia yang panjang berjela di samping hujah2 yang berserta fakta2 yang boleh di percayai, membuat aq mula sedar.. mengapa bangsa melayu nie susah nak maju jika berbanding bangsa lain terutamanya bangsa cina. Aq mula bulatkan tekatku n ingin menjadi syerventure dengan beliau.. tidak perlu lagi nak toleh kebelakang coz masa yang akan terus tinggalkan kita. Bab tipu menipu tidak ada kerana segala perancangan ada hitam putihnya..

Di samping menjalankan xtvt menternak kambing kita boleh menceburi bidang lain yang berkaitan dengan kambing.. jika ada sesiapa yang ingin mengutarakan pandangan terhadap projek yang akan aq buat nie plz email je kat zain_azuan@yahoo.com.
Pandangan korang semua amat aq harapkan.


05 Oktober 2009

LALO N LOLA

Alhamdulillah.. akhirnya aq Berjaya juga mendapatkan hak penjagaan keatas anak2 aq nie… tapi cian tau.. lalo nie dah kuwus siket… xper yer, nanti ayah bagi makan banyak2 ea… c lola plak maintain ayu.. stil gebuss…. Walauppon baru kematian anak…. dia macam ok jerk… leh terima hakikat……. x meroyan sangat,,…




Masa 1st time aq jumpa diaorang nie mang agak sedih la… dia nyer abok kayu xder, botol air xder, serba serbi xder.. aq pon ape ag.. terus g pet shop n beli la perkakasan yang mereka perlukan… tibe kat pet shop aq meroyan jap.. tengok robos yang kiut2 kat sane.. aq pon try la pasang jarum nak beli ngan harga murah.. ye la seko dah 25 hengget, kalau 3 eko dah 75 hengget, belom campo kandang dia ag… tapi mamat nie x berani nak bg harga murah coz tokey dia ader dalam kedai.. kalau tokey dia x der aq leh dapat 20 hengget je seko.. ala xpe la.. yang penting aq beli bath sand, tempat dia mandi, abok kayu, tempat makan dia .. semua skali x sampai 30 hengget.. murah tu,… next time je la aq beli robis nie.. tetibe aq ternampak la sugar glider kat situ… huhu.. meronta2 batinku nak beli.. tapi di sebabkan harganya yang melampau batas aq pendamkan je la….




dalam aq dok suka coz dapat balik anak2 aq nie, aq teringat kat anak2 angkat aq yang dah lama dok ngan aq.. putih n itam… aq nengok dia dok peratikan jer c lalo n lola nie.. sesekali dia pusing2 keliling akuarum( aq letak lalo n lola dalam aquarium).. aq penah letakkan lola atas perot putih… dia terus nak makan.. serik dah aq nak gandingkan mereka berempat sekali… nanti if ada masa aq nak amik pic mereka( tapi kena pegang kepala putih n itam… takot tetibe je lola nie jadi shushi mereka…)


hope jangan la lalo n lola nie jadi stik kpd itam n putih nie… doakan lalo n lola baik2 je k….