P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

25 September 2009

dah hari raya laaa.....

salam aidil fitri



sory, n3 kali nie, aq x dapat nak tulis bebanyak..

just gambar je yang aq selitkan..




nie time kat telok sengat kota tinggi

yang ni pon sama






sempat gak g naik menatang nie.. huhuhu


salam aidilfitri dari ku n rakan2...

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430


Sedihnye ati ni nak tinggalkan bulan ramadhan nie… rasanya baru semalam je penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan hari berpuasa bagi umat islam di Malaysia nie..

Untuk persiapan raya nie, aq wat sederhana je. Setakat baju melayu sepasang dua n kueh raya sahaja yang aq sediakan. Tapi untuk bebudak yang under age tu, ada habuan tok korang. Tahun nie aq sediakan lebih banyak angpow coz ada rezaki lebih. Alhamdulillah..

Malam nie aq akan bertolak ke kg aq yang paling ku cintai, Kota Tinggi. X sabar rasanya.. doakan aq selamat ea.. tapi yang aq paling x suka ngan Kota Tinggi nie about traffic jam yang amat sesak. Kematu tongkeng nie. So kepada yang nak memulakan perjalanan pulang ke kampong, rancanglah perjalanan anda dengan bijak. Bawa kenderaan dengan cermat hokey ( ha yang nie di tujukan utk aq sebenarnya).

Hari raya nanti scedul aq mang penuh. Dari hari aq cuti til aq naik cuti nanti. Peh, mang seronok giler. Perkara yang aq paling suka hari raya nie ialah marhaban. Owg kat kampong aq akan bermarhaban dari rumah ke rumah. Time nie la kita dapat menikmati juadah yang jarang kita dapat lihat. Contohnya brasak(org boyan nyer makana, sedap wooooo makan ngan asam pedas ikan parang, kalau spelling salah sowi ea), pulut dalam periuk kera( aq lupa name dia ape) dll. Bermarhaban nie bukan tok makan je ea, time nie gak aq leh jumpe ngan kengkawan sepermainan aq dedulu. Huhuhu.. dah bebeso memasing. Ada gak yang dah jadi bapak orang. Huhuhuhu. Turn aq bila la ek…

Jangan lupa ea, kalau datang ke Kota Tinggi singgah2 lah umah aq… area air tawar jerk.. sms k. dan blog nie akan di biarkan selama pemergian ku . jumpa ag 25 september nanti dengan n3 yang best2. Tunggu hokey…



Oklah. Aq nak tutup n3 aq nie ngan ucapan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kepada semua yang mengenali diri ku.. wan nak minta ampun dan maaf, halalkan segala yang wan termakan n terminum , jika wan ada terkasar bahasa, terlepas cakap, wan sembah sepuluh jari memohan ampun dan maaf. Semoga aaidilfitri nie dapat mengeratkan lagi silaturahim kita hingga akhir hayat. Insyaallah.


p/s. ade ke patot bos aq cakap, aq nak melangsungkan pertunangan raye nie,… umah mertua pon aq x tau kat mane.. huhuhu..


06 September 2009

khas ku tujukan kepada insan yang bernama 'ayah'

Salam Ramadhan… hari ni bukan hari bapa.. tetapi ada 2 kisah ayah yang aq nak kongsi dengan kowang..



Satu cerita dari kisah kasihnya seorang ayah kepada anaknya… dah satu lagi kisah sadis seorang anak terhadap ayahnya..

Kisah 1…..
Sudah hampir 3 bulan aq berkenalan dengan seorang insan yang bernama abg man… dia seorang yang sangat periang, open mainded, n penuh dengan perasaan kasih sayang… dia seorang ayah tunggal hampir 3 tahun.. membesarkan 3 orang anaknya sendiri hampir 2 tahun.. dengan waktu bekerja… masa dgn anak2 lagi… n apa yang buat aq tersentuh dia sangat menyayangi adam.. anak sulungnya yang istimewa.. memerlukan perhatian khusus.. cuba baca cerita yang telah abg man tulis dalam laman sosialnya…


“A friend of mine shares this story to me this morning, I have made some modification and the story has something to tell...


One old man was sitting with his 25 years old son in a train. The train is about to leave the station. All passengers are settling down on their seats. As the train moving, the young man was filled with lot of joys and curiousity.
He was sitting on the window side. He put one hand and let the feeling of the passing air. He shouted,
"Papa see all tress are going behind".
The old man smiled and admire his son's feeling. Beside the young man there was a couple sitting and listening to all the conversation between father and son.
they were little annoyed and felt awkward to see the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddently the young man again shouted,
"Papa see the pond and animals, clouds are moving with the train".
The couple was watching the young man with annoying feelings.
Now it's started to rain and some rain water drops touches the young man's hand. He felt the joy and close his eyes. He shouted again,
"Papa it's raining, the rain water is touching me, see Papa".
The couple couldn't help themselves and ask the old man.
"Why don't you visit the Doctor and get your son treated"
The Old man said,
"Yes, we were coming from hospital, only today my son has got his eyes for the first time in his life"

The above story touches me personally...why?

I have a son...a child with "Aspergent Syndrome" a mild Austism. His passion was with train as well and behave in the same manner of the young man above.

I love him very much...I gave him my undivided love and attention, as I know others who have not encountered with such wonderful people would not be able to understand the love and fullfiling having such child...

XXXX, papa loves you very much.”
Tersayat hati aq membaca artikel nie… begitu besar pengobanan seorang ayah terhadap anaknya… semoga abg menjadi seorang ayah yang sempurna di mata anak2 kelak.. hanya tuhan je yang dapat membalas jasa yang telah abg berikan kpd anak2 abg.. insyaallah
Kisah 2…
Aq masih ingat pada waktu tu.. dah la panas terik, kena berdiri plak dalam bas .. dah la perjalanan dari sekolah ke rumah makan masa 45 minit.. sabar jer lah..
tuhan je tau rasanya pada masa tu.. dugaan bulan pose,.. tibe umah je aq terus terlentang atas katil… penat woo.. pose plak tu.. sabo2.. tetibe jerk aq tedengo bunyik pinggan kat dapo.. mak ai, baru pukol brapa mak nak masak juadah berbuka nie? Buang tebiat ke pe?.. aq g la nengok.. biasanya kalau mak aq masak aq lah yang suka menyebok.. ye lah dapat gak bekalan resepi turun temurun tok nenek aq.. disamping dapat meningkatkan skill memasak aq.. huhuhuhu.. cayang mak…
Tiba kat dapo alangkah tekojotnya a.k.a. kaget melihat ayah aq tengah dok kat meja makan sambel menyuap nasi ke mulot.. walawei… baru kol brape nie ayah aq berbuka…tadi baru je masuk waktu Zuhur… asar pon lom ag.. pe tah ag magrib.. lagi 5 jam tu.. sabo jelah… ayah aq x pose… mendidih jerk hati aq ngok ayah aq stil menyuap nasi ke mulot walaupon dah tertangkap basah dek anak dia.. selamberk jer dia.. huuhuh.. dasar x tau malu.. nak jadi ketua keluarga konon.. pose pon ponteng.. bentak hati ku.. makin meneballah rasa benci aq terhadap insan yang aq gelarkan ayah..dah la sentiasa bersikap dingin n bengis terhadap anak2.. lagi2 aq.. pantang tersalah sikit.. habis jadi bubur lambuk la aq dikerjakannya…sedihnya.. hehehehe…

Pas aq abes skolah aq mula mencari identiti diriku yang sebenar.. dunia pekerjaan menjadi keutamaan aq.. aq x sambong blajo pon walaupon keputusan spm aq ditafsirkan membanggakan oleh keluarga aq… punah harapan mak aq nak nengok aq masuk u.. maafkan owg mak…slama 2-3 tahun gak la aq x beri kabo berita kat family.. aq dah buang keluarga…bak pantun melayu dedulu…
“Nasi lemak buah bidara;




Sayang selasih hamba lurutkan;




Buang emak buang saudara;




Kerana kasih hamba turutkan.”

Huhuuh.. menyesal dah x beguna masa tu…




Dipendekkan cerita pas aq kembali ke pangkuan keluarga.. emak kena operation coz apendik dah pecah. Sedih woo ngok mak kat spital.. hampir 3 tahun x jumpa mak.. macam jejak kasih plak.. aq volentier nak menjaga mak lepas keluar spital.. pada masa mak sakit tu aq baru dapat tahu yang ayah aq pon sakit gak.. kaget lagi aq
huhuh…
rupa2nya ayah ada penyakit buah pinggang.. tapi x merbahaya sangat coz ayah rajin makan ubat… aq pon terkaget lagi bila mak bg tau yang ayah dah hampir 10 tahun makan ubat… setiap 5-8 jam sekali dia kena mengambil ubat.. wawawa..
so selama nie yang dia terkantoi makan time bulan pose tu coz kena makan ubat….. aq terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.. start hari tu aq mahu membina jati diri baru..segala pengalaman semasa merantau aq akan jadikan sempadan.. berfikir sebelum bertindak..
kena pandai menilai hitam putih kesan perbuatan kita…

Alhamdulillah, tuhan masih menyayangi aq… aq berjanji akan buat yang terbaik untuk membahagiakan ayah aq..
sebab dia makan ubatlah aq n semua adik beradikku dapat meneruskan kelangsungan hidup di dunia nie,.. terima kasih ayah… owg tahu mungkin ada sebab mengapa ayah terlalu garang ngan owg pada zaman owg kecik dulu.. kalau x kerana sebatan ayah, x mungkin owg berdiri sebagai diri owg skarang.. I luv u so much..


So moral kedua2 cerita nie ialah sayangilah ayah kowang.. jangan sampai mereka dah xde baru kowang nak menyesal..
dah xde gunanya lagi..
selagi mereka stil membuka mata di alam yang sementara nie, kita kenalah membahagiakan mereka… kasih mereka sampai ke syurga.. kepada yang dah xde ayah lagi, alfatihah….
Ayah owg sayang ayah sangat2…
luv u 4ever,……