P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430


Sedihnye ati ni nak tinggalkan bulan ramadhan nie… rasanya baru semalam je penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan hari berpuasa bagi umat islam di Malaysia nie..

Untuk persiapan raya nie, aq wat sederhana je. Setakat baju melayu sepasang dua n kueh raya sahaja yang aq sediakan. Tapi untuk bebudak yang under age tu, ada habuan tok korang. Tahun nie aq sediakan lebih banyak angpow coz ada rezaki lebih. Alhamdulillah..

Malam nie aq akan bertolak ke kg aq yang paling ku cintai, Kota Tinggi. X sabar rasanya.. doakan aq selamat ea.. tapi yang aq paling x suka ngan Kota Tinggi nie about traffic jam yang amat sesak. Kematu tongkeng nie. So kepada yang nak memulakan perjalanan pulang ke kampong, rancanglah perjalanan anda dengan bijak. Bawa kenderaan dengan cermat hokey ( ha yang nie di tujukan utk aq sebenarnya).

Hari raya nanti scedul aq mang penuh. Dari hari aq cuti til aq naik cuti nanti. Peh, mang seronok giler. Perkara yang aq paling suka hari raya nie ialah marhaban. Owg kat kampong aq akan bermarhaban dari rumah ke rumah. Time nie la kita dapat menikmati juadah yang jarang kita dapat lihat. Contohnya brasak(org boyan nyer makana, sedap wooooo makan ngan asam pedas ikan parang, kalau spelling salah sowi ea), pulut dalam periuk kera( aq lupa name dia ape) dll. Bermarhaban nie bukan tok makan je ea, time nie gak aq leh jumpe ngan kengkawan sepermainan aq dedulu. Huhuhu.. dah bebeso memasing. Ada gak yang dah jadi bapak orang. Huhuhuhu. Turn aq bila la ek…

Jangan lupa ea, kalau datang ke Kota Tinggi singgah2 lah umah aq… area air tawar jerk.. sms k. dan blog nie akan di biarkan selama pemergian ku . jumpa ag 25 september nanti dengan n3 yang best2. Tunggu hokey…



Oklah. Aq nak tutup n3 aq nie ngan ucapan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kepada semua yang mengenali diri ku.. wan nak minta ampun dan maaf, halalkan segala yang wan termakan n terminum , jika wan ada terkasar bahasa, terlepas cakap, wan sembah sepuluh jari memohan ampun dan maaf. Semoga aaidilfitri nie dapat mengeratkan lagi silaturahim kita hingga akhir hayat. Insyaallah.


p/s. ade ke patot bos aq cakap, aq nak melangsungkan pertunangan raye nie,… umah mertua pon aq x tau kat mane.. huhuhu..


3 comments:

Nasa berkata...

wahaaaaaaaa nak datang lah raya ini

Nasa berkata...

Memandu hati hati wan ingat orang tersayang....macam iklan pulak

zain_azuan berkata...

ok.. dah selamat kembali ke jb dah nie.. alhamdulillah....