P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

24 Disember 2009

AVATAR


penantian yang begitu lama untuk menyaksikan filem epik hasil dari buah tangan pengarah terhebat ini (james cameron) sungguh berbaloi... dari filem yang maha hebat pada tahun 90an (titanic) hasil dari cetusan idea  pengarah terulung ini boleh dikatakan terlalu sempurna untuk di kritik...

setelah hampir 13 tahun serta kos yang melebihi USD250 juta akhirnya filem avatar telah di tayangkan di pawagam seluruh dunia...


dan aq juga tidak terlepas menanti saat yang sesuai untuk menyaksikan filem ini... walau dalam kesibukan yang melampaui batas... aq mencari ruang waktu untuk menonton filem ini... hasil dari maklum balas penonton yang telah menyaksikan filem ini yang menyarankan aq untuk melihat filem ini sendiri, akhirnya aq berjaya mendapatkan sekeping tiket untuk menyaksikannya dengan mata kepala aq sendiri....


dari detik permulaan sehingga penamat cerita, aq tak berganjak dan cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada filem tersebut ( tapi aq kecewa coz pada jam kedua, aq terpaksa pegi ke tandas kerana keadaan dalam panggung yang begitu sejuk... haruskah aq mencari masa lagi untuk menonton filem ini buat kali ke dua?).



dengan jalan cerita yang amat menarik, mengupas isu persekitaran, kekuasaan, ketaatan kepada kepercayaan(agama) dan pemimpin, sikap mengambil tahu, serta sifat tamak n mahu menjadi penakluk dunia( dalam filem nie pandora), sifat berani mencuba, serta di celah2nya ader di selitkan cerita cinta semestinya... cinta 2 darjat.. cinta buta,,, cinta sejati..... semua fasal cinta... adesh...



aq x malu jika aq mengatakan aq hampir2 menitiskan air mata ketika babak2 yang begitu sadis... ketika pihak tentera memusnahkan pokok yang tertinggi n terbesar yang menjadi perkampungan masyarakat asli...


kalau nak di ceritakan tentang kebaikan masej yang hendak di sampaikan oleh filem ini, mungkin ader 3@4 pages pown x tentu lagi cukup...
kata2 yang terniang2 di telinga aq




"orang langit... kami seperti mengisi cawan yang penuh......."

"cawan saya masih kosong... saya harap awak boleh mengisikannya.. percayalah... "


kalau nak tahu maksud ayat tersebut... tontonlah filem avatar



 aq cadangkan tontonilah filem ini... x rugi pown... selain grafic yang menarik, banyak masej yang fositif yang di sampaikan.....

0 comments: