P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

30 Januari 2010

berhati2 dalam berbloger


tetiber coretan aq terhenti buat sekian lama kerana mengikuti kes seorang bloger yang menghina almarhum sultan johor, almarhum sultan iskandar ibni almarhum sultan ismail.

kenapalah ader juga insan yang terlalu mengikut emosi dalam penulisan di dalam blog? pk dulu sebelum menulis. aq pown mula berhati2 dalam memilih setiap n3 yang akan aku buat di dalam blog aq nie....

di bawah nie merupakan petikan berita dari malaysia kini..

Darwis Zainal
Jan 29, 103:42pm
Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna,sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari ole mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25sehingga 9.05 pada 22 Jan. Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun,hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.


nie pic masa dia sedang bersanding..


tu lah... dalam kita syok menulis, pastikan segala fakta yang di berikan adalah sahih dari sumber2 yang boleh di percayai.. malaysia kita nie ada umdang2... so berani buat berani tanggung...


14 Januari 2010

kempen anti merokok

tiba2 aq tergerak nak menulis fasal kempen kementerian kesihatan nie. aq tengok semakin ramai yang  tidak sedar2 lagi dengan tabiat merokok nie. dari kempen x nak samapilah kempen sayangilah orang tersayang pown masih tak jalan jugak. begitu juga kempen meletakkan gambar kesan merokok di kotak2 rokok bercukai.


agaknya apakah yang menyebabkan kempen ini di pandang hambar an tidak mendapat sambutan yang menggalakkkan dari rakyat malaysia?


kini semua telah sedia maklum bahawa harga sekotak rokok di jual dengan harga tidak kurang 6 hengget sekotak, kira2 tidak kurang 30sen sebatang.



tapi kempen ini sentiasa dipandang sepi, apakah sebabnya?

pihak penguasaan atau sikap rakyat kita sendiri?

aq ader juga terdengar pengakuan dari mulut pencandu rokok ini.

"walaupown harga rokok di tetapkan 100 hengget pown, saya   tetap akan membelinya"


begitu besar pengaruh rokok terhadap masyarakat kita.
Mengikut ramalan kementerian Kesihatan jumlah perokok dianggarkan 3 juta orang, serta 10,000 orang berhenti merokok tetapi malangnya mereka berhenti merokok kerana telah meninggal dunia.
so, renung2kan .....selamat beramal....


06 September 2009

khas ku tujukan kepada insan yang bernama 'ayah'

Salam Ramadhan… hari ni bukan hari bapa.. tetapi ada 2 kisah ayah yang aq nak kongsi dengan kowang..



Satu cerita dari kisah kasihnya seorang ayah kepada anaknya… dah satu lagi kisah sadis seorang anak terhadap ayahnya..

Kisah 1…..
Sudah hampir 3 bulan aq berkenalan dengan seorang insan yang bernama abg man… dia seorang yang sangat periang, open mainded, n penuh dengan perasaan kasih sayang… dia seorang ayah tunggal hampir 3 tahun.. membesarkan 3 orang anaknya sendiri hampir 2 tahun.. dengan waktu bekerja… masa dgn anak2 lagi… n apa yang buat aq tersentuh dia sangat menyayangi adam.. anak sulungnya yang istimewa.. memerlukan perhatian khusus.. cuba baca cerita yang telah abg man tulis dalam laman sosialnya…


“A friend of mine shares this story to me this morning, I have made some modification and the story has something to tell...


One old man was sitting with his 25 years old son in a train. The train is about to leave the station. All passengers are settling down on their seats. As the train moving, the young man was filled with lot of joys and curiousity.
He was sitting on the window side. He put one hand and let the feeling of the passing air. He shouted,
"Papa see all tress are going behind".
The old man smiled and admire his son's feeling. Beside the young man there was a couple sitting and listening to all the conversation between father and son.
they were little annoyed and felt awkward to see the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddently the young man again shouted,
"Papa see the pond and animals, clouds are moving with the train".
The couple was watching the young man with annoying feelings.
Now it's started to rain and some rain water drops touches the young man's hand. He felt the joy and close his eyes. He shouted again,
"Papa it's raining, the rain water is touching me, see Papa".
The couple couldn't help themselves and ask the old man.
"Why don't you visit the Doctor and get your son treated"
The Old man said,
"Yes, we were coming from hospital, only today my son has got his eyes for the first time in his life"

The above story touches me personally...why?

I have a son...a child with "Aspergent Syndrome" a mild Austism. His passion was with train as well and behave in the same manner of the young man above.

I love him very much...I gave him my undivided love and attention, as I know others who have not encountered with such wonderful people would not be able to understand the love and fullfiling having such child...

XXXX, papa loves you very much.”
Tersayat hati aq membaca artikel nie… begitu besar pengobanan seorang ayah terhadap anaknya… semoga abg menjadi seorang ayah yang sempurna di mata anak2 kelak.. hanya tuhan je yang dapat membalas jasa yang telah abg berikan kpd anak2 abg.. insyaallah
Kisah 2…
Aq masih ingat pada waktu tu.. dah la panas terik, kena berdiri plak dalam bas .. dah la perjalanan dari sekolah ke rumah makan masa 45 minit.. sabar jer lah..
tuhan je tau rasanya pada masa tu.. dugaan bulan pose,.. tibe umah je aq terus terlentang atas katil… penat woo.. pose plak tu.. sabo2.. tetibe jerk aq tedengo bunyik pinggan kat dapo.. mak ai, baru pukol brapa mak nak masak juadah berbuka nie? Buang tebiat ke pe?.. aq g la nengok.. biasanya kalau mak aq masak aq lah yang suka menyebok.. ye lah dapat gak bekalan resepi turun temurun tok nenek aq.. disamping dapat meningkatkan skill memasak aq.. huhuhuhu.. cayang mak…
Tiba kat dapo alangkah tekojotnya a.k.a. kaget melihat ayah aq tengah dok kat meja makan sambel menyuap nasi ke mulot.. walawei… baru kol brape nie ayah aq berbuka…tadi baru je masuk waktu Zuhur… asar pon lom ag.. pe tah ag magrib.. lagi 5 jam tu.. sabo jelah… ayah aq x pose… mendidih jerk hati aq ngok ayah aq stil menyuap nasi ke mulot walaupon dah tertangkap basah dek anak dia.. selamberk jer dia.. huuhuh.. dasar x tau malu.. nak jadi ketua keluarga konon.. pose pon ponteng.. bentak hati ku.. makin meneballah rasa benci aq terhadap insan yang aq gelarkan ayah..dah la sentiasa bersikap dingin n bengis terhadap anak2.. lagi2 aq.. pantang tersalah sikit.. habis jadi bubur lambuk la aq dikerjakannya…sedihnya.. hehehehe…

Pas aq abes skolah aq mula mencari identiti diriku yang sebenar.. dunia pekerjaan menjadi keutamaan aq.. aq x sambong blajo pon walaupon keputusan spm aq ditafsirkan membanggakan oleh keluarga aq… punah harapan mak aq nak nengok aq masuk u.. maafkan owg mak…slama 2-3 tahun gak la aq x beri kabo berita kat family.. aq dah buang keluarga…bak pantun melayu dedulu…
“Nasi lemak buah bidara;




Sayang selasih hamba lurutkan;




Buang emak buang saudara;




Kerana kasih hamba turutkan.”

Huhuuh.. menyesal dah x beguna masa tu…




Dipendekkan cerita pas aq kembali ke pangkuan keluarga.. emak kena operation coz apendik dah pecah. Sedih woo ngok mak kat spital.. hampir 3 tahun x jumpa mak.. macam jejak kasih plak.. aq volentier nak menjaga mak lepas keluar spital.. pada masa mak sakit tu aq baru dapat tahu yang ayah aq pon sakit gak.. kaget lagi aq
huhuh…
rupa2nya ayah ada penyakit buah pinggang.. tapi x merbahaya sangat coz ayah rajin makan ubat… aq pon terkaget lagi bila mak bg tau yang ayah dah hampir 10 tahun makan ubat… setiap 5-8 jam sekali dia kena mengambil ubat.. wawawa..
so selama nie yang dia terkantoi makan time bulan pose tu coz kena makan ubat….. aq terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.. start hari tu aq mahu membina jati diri baru..segala pengalaman semasa merantau aq akan jadikan sempadan.. berfikir sebelum bertindak..
kena pandai menilai hitam putih kesan perbuatan kita…

Alhamdulillah, tuhan masih menyayangi aq… aq berjanji akan buat yang terbaik untuk membahagiakan ayah aq..
sebab dia makan ubatlah aq n semua adik beradikku dapat meneruskan kelangsungan hidup di dunia nie,.. terima kasih ayah… owg tahu mungkin ada sebab mengapa ayah terlalu garang ngan owg pada zaman owg kecik dulu.. kalau x kerana sebatan ayah, x mungkin owg berdiri sebagai diri owg skarang.. I luv u so much..


So moral kedua2 cerita nie ialah sayangilah ayah kowang.. jangan sampai mereka dah xde baru kowang nak menyesal..
dah xde gunanya lagi..
selagi mereka stil membuka mata di alam yang sementara nie, kita kenalah membahagiakan mereka… kasih mereka sampai ke syurga.. kepada yang dah xde ayah lagi, alfatihah….
Ayah owg sayang ayah sangat2…
luv u 4ever,……