tetiber coretan aq terhenti buat sekian lama kerana mengikuti kes seorang bloger yang menghina almarhum sultan johor, almarhum sultan iskandar ibni almarhum sultan ismail.
kenapalah ader juga insan yang terlalu mengikut emosi dalam penulisan di dalam blog? pk dulu sebelum menulis. aq pown mula berhati2 dalam memilih setiap n3 yang akan aku buat di dalam blog aq nie....
di bawah nie merupakan petikan berita dari malaysia kini..
Darwis Zainal
Jan 29, 103:42pm
Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna,sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari ole mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25sehingga 9.05 pada 22 Jan. Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun,hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.
nie pic masa dia sedang bersanding..
tu lah... dalam kita syok menulis, pastikan segala fakta yang di berikan adalah sahih dari sumber2 yang boleh di percayai.. malaysia kita nie ada umdang2... so berani buat berani tanggung...