P.E.R.A.D.A.B.A.N. M.A.N.U.S.I.A. K.I.N.I.

10 Oktober 2009

kambing.. embeeeekkkkk!!!!!


Dua hari nie aq g kursus kambing kat kluang.. peh best giler…. Mang banyak la yang aq pelajari… aq fikir nak bela kambing nie senang jerk.. just bagi makan minum n ubat kambing dah sihat.. rupenyer banyak lagi perkara yang kita kena buat… bersihkan kandang.. pengamatan terhadap baka kambing… mencari makanan tambahan… memeriksa kandang n banyak lagi lah… mang memerlukan tenaga kerja 100%... mang terasa la segala lemak2 kuih raya, ketupat n rendang raya ri tu nak terkeluar. Letih wei….



Setelah selesai kursus aq pon ader berkenalan ngan seorang la penternak nie.. bro ‘S’… visinya begitu jauh… dia mempunyai kandang kambing di simpang renggam dan mempunyai lebih krang 13 ekor kambing, 4 jantan n 9 betina… dalam dok berbincang nie, dia mengutarakan berbagai2 misi yang hendak dicapainya… dari apa yang di katakannya, aq tertarik dengan salah satu misinya, iaitu menubuhkan satu syarikat kerjasama( syare venture). Memang betul kata2 dia nie. Kalau kita nak memulakan penternakan kambing secara persendirian, modal yang diperlukan terlalu tinggi,. Sebagai contoh bajet untuk mendirikan reban yang berkapasiti 50 ekor memerlukan modal lebih kurang 40k hengget.. itu belum termasuk kambing yang hendak di ternak… begitu juga dengan makanan , ubat2an n lain2 lagi.. tenaga buruh yang di perlukan juga amat terhad… jika kita membuka satu syarikat(syerventure), modal terkumpul menjadi besar, tenaga kerja menjadi maksimum( semua peserta melakukan tugas) n masalah penyakit kepada ternakan dapat dikurangkan..


Dari kata2 dia yang panjang berjela di samping hujah2 yang berserta fakta2 yang boleh di percayai, membuat aq mula sedar.. mengapa bangsa melayu nie susah nak maju jika berbanding bangsa lain terutamanya bangsa cina. Aq mula bulatkan tekatku n ingin menjadi syerventure dengan beliau.. tidak perlu lagi nak toleh kebelakang coz masa yang akan terus tinggalkan kita. Bab tipu menipu tidak ada kerana segala perancangan ada hitam putihnya..

Di samping menjalankan xtvt menternak kambing kita boleh menceburi bidang lain yang berkaitan dengan kambing.. jika ada sesiapa yang ingin mengutarakan pandangan terhadap projek yang akan aq buat nie plz email je kat zain_azuan@yahoo.com.
Pandangan korang semua amat aq harapkan.


05 Oktober 2009

LALO N LOLA

Alhamdulillah.. akhirnya aq Berjaya juga mendapatkan hak penjagaan keatas anak2 aq nie… tapi cian tau.. lalo nie dah kuwus siket… xper yer, nanti ayah bagi makan banyak2 ea… c lola plak maintain ayu.. stil gebuss…. Walauppon baru kematian anak…. dia macam ok jerk… leh terima hakikat……. x meroyan sangat,,…




Masa 1st time aq jumpa diaorang nie mang agak sedih la… dia nyer abok kayu xder, botol air xder, serba serbi xder.. aq pon ape ag.. terus g pet shop n beli la perkakasan yang mereka perlukan… tibe kat pet shop aq meroyan jap.. tengok robos yang kiut2 kat sane.. aq pon try la pasang jarum nak beli ngan harga murah.. ye la seko dah 25 hengget, kalau 3 eko dah 75 hengget, belom campo kandang dia ag… tapi mamat nie x berani nak bg harga murah coz tokey dia ader dalam kedai.. kalau tokey dia x der aq leh dapat 20 hengget je seko.. ala xpe la.. yang penting aq beli bath sand, tempat dia mandi, abok kayu, tempat makan dia .. semua skali x sampai 30 hengget.. murah tu,… next time je la aq beli robis nie.. tetibe aq ternampak la sugar glider kat situ… huhu.. meronta2 batinku nak beli.. tapi di sebabkan harganya yang melampau batas aq pendamkan je la….




dalam aq dok suka coz dapat balik anak2 aq nie, aq teringat kat anak2 angkat aq yang dah lama dok ngan aq.. putih n itam… aq nengok dia dok peratikan jer c lalo n lola nie.. sesekali dia pusing2 keliling akuarum( aq letak lalo n lola dalam aquarium).. aq penah letakkan lola atas perot putih… dia terus nak makan.. serik dah aq nak gandingkan mereka berempat sekali… nanti if ada masa aq nak amik pic mereka( tapi kena pegang kepala putih n itam… takot tetibe je lola nie jadi shushi mereka…)


hope jangan la lalo n lola nie jadi stik kpd itam n putih nie… doakan lalo n lola baik2 je k….


03 Oktober 2009

mengisi masa lapang

Kebelakangan nie aq dah mula bosan dok kat umah jerk..x kan la aq nak tdo je kalau aq masuk keje malam.. buntu pale otak nie.. tetibe je abang man cerita kat aq yang dia ada beli sugar glider 3 ekor.. menatang pe lah yang abang man maksudkan nie.. x ponah dengo pon. Pas tu aq pon bertanyalah kat uncle google cemana lah rupanya menatang tersebot… alangkah terkejutnya aq apabila melihat binatang yang bernama sugar glider nie begitu comel dan ciut..


aq nie dah la pantang Nampak binatang yang kiut miut nie.. mesti nak bela juga…pas tu aq cari la info2 tentang sugar glider nie..




Emm.. mungkin pas aq mendapat semua info aq akan buat n3 khas buat sugar glider nie.. yang aq tau, harga sugar glider nie tersangat la mahal bagi aq yang bergaji just cukop makan n pakai jerk… seko harganya dekat 300-350 hengget.. peh, kalau 3 eko korang darab kan lah sindri,.. x terucap dek kata2..tu belom campo ngan umah dia ag,,, aq dedengo harga umah sugar glider nie 4oo++ hengget.. kalau aq nak bela sugar glider nie, kesudahannya, aq makan je makanan sugar glider nie la… haha.. tapi aq mang tertarik la ngan sugar glider nie… insyaallah if I had a xtra rezeki, aq akan bela gak sugar glider nie,,,… insyaallah…


So pas aq pk panjang, aq suruh akak aq ambil hamster yang aq tinggal kan kat kampong aq dulu.. masa raya ri tu, aq nengok dah kurus kering dah hamster nie,.. cia dia.. xder sape nak jage makan minom dia.. nak harapkan adq bungsu aq tu emmmppph.. dok meronde jerk keliling kampong.. nak Nampak dia kat umah mang payah… so mak aq la yang beri makan kat hamster nie.. mak aq plak membebel jerk kat aq coz hamster aq nie beranak pinak sampai lebih 50 ekor.. pastu dia sedekah kat jiran2 n sedara mara aq.. huhu… xper lakan,bagi peluang kat orang lain membela hamster nie… mana tau diaorang ada bakat menternak gak.. skung nie hamster aq tinggal sepasang jerk.. seday gak la kan… xper.. nanti bila dia dah pindah kat sini aq nak jaga dia betol2… macam kucing aq yang 2 ekor tu.. makin gemoks dah skarang… walupon hanya kucing biasa tapi diaorang tetap manja n bersih… jangan plak dia dok menikmati stik hamster aq yang akan hidop bersama mereka sedikit waktu nanti..







01 Oktober 2009

album ziana zain dan filem jin notty

Bosan sangat aq rasa.. x tau nak wat pe.. dok main game jerk… ari nie aq  keje malam.. so ada banyak masa la b4 nak g keje nie…… tetibe kawan aq call ajak keluar.. dia ajak g ngok wayang kat jusco tebrau.. ok la kan… leh gak aq ilangkan bosan aq nie ngan sedikit xtvt,…




Tibe kat sane je aq terus survey cerite pe yang ngah main.. yelah, aq kene balik b4 6am.. aq Tanya la kan kat mamat yang jual tiket tu.. dia cakap cerite jin notty je yang main wat mase tu,… nak tunngu cerite lain alamatnya x keje la aq ari tu.. so aq pown amek je la cerite jin noty tu.. walaupon dalam hati x suka coz ramai orang cakap cerite jin notty nie tahap sampah jalan ceritanya… ok,, aq bersedia je la kekalau x best cerite tu aq kuo n g shopping jerk… dari start cerita je aq dah terpukau ngan hasil kru production nie.. cgi dia dah banyak yang approve.. tahniah..


walaupon dalam wayang tu aq rasa x sampai 40 orang tapi semua macam selesa je tengok cerita nie.. dari awal hingga akhir dok gelak jerk.. ok la tu kan( walaupon aq x suka ngan ff n bapa kepada notty nie dah selalu sangat kat tv… lakonan dia sama je dari drama till la kat filem nie.. busan gak la kan…aq terpaksa tengok gak cerita nie… jarang ada cerita yang ada cgi yang menarik buatan Malaysia kan ).. so cerita jin notty nie dikira Berjaya la gak menarik hati aq.. dari 5 bintang aq bagi 3 ½ bintang.. tahniah kru production.. ( x la macam final destination 4, aq siap tertido kat dalam panggong… sesedo jerk dah abes cerita tu.. membosankan tahap cipan la cerite tu, rugi jerk tengok.. nasib la ada orang belanja)…



Pas tengok wayang aq terus g speedy.. nak cari cd artis kesayangan aq ..ZIANA ZAIN....hehe.. sampai sane jerk aq pon belek2 la kat bahagian artis melayu.. n aq just dapat 4 je dari 6 album penuh dia (1992-2001).. antara album yang aq beli ialah MADAH BERHELAH 92, SETIA KU DI SINI 95, ZIANA ZAIN 99 dan AKU CINTAKAN MU 2001.. frus gak la coz 2 lagi album dia aq x dapat (ZIANA ZAIN 93 & PUNCAK KASIH 96)... kate tokey kedai tu stock dah xder.. kena cari kat speedy lain nie… if korang ternampak cd ZIANA ZAIN nie plz bg tau aq ea.. x complete la koleksi album ZIANA ZAIN aq nie…



Antara koleksi ziana zain aq..










Pas tu aq terus balik umah n prepare nak g keje.. puas hati ar ri nie coz dapat cd ZIANA ZAIN.. hehee

25 September 2009

dah hari raya laaa.....

salam aidil fitri



sory, n3 kali nie, aq x dapat nak tulis bebanyak..

just gambar je yang aq selitkan..




nie time kat telok sengat kota tinggi

yang ni pon sama






sempat gak g naik menatang nie.. huhuhu


salam aidilfitri dari ku n rakan2...

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430


Sedihnye ati ni nak tinggalkan bulan ramadhan nie… rasanya baru semalam je penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan hari berpuasa bagi umat islam di Malaysia nie..

Untuk persiapan raya nie, aq wat sederhana je. Setakat baju melayu sepasang dua n kueh raya sahaja yang aq sediakan. Tapi untuk bebudak yang under age tu, ada habuan tok korang. Tahun nie aq sediakan lebih banyak angpow coz ada rezaki lebih. Alhamdulillah..

Malam nie aq akan bertolak ke kg aq yang paling ku cintai, Kota Tinggi. X sabar rasanya.. doakan aq selamat ea.. tapi yang aq paling x suka ngan Kota Tinggi nie about traffic jam yang amat sesak. Kematu tongkeng nie. So kepada yang nak memulakan perjalanan pulang ke kampong, rancanglah perjalanan anda dengan bijak. Bawa kenderaan dengan cermat hokey ( ha yang nie di tujukan utk aq sebenarnya).

Hari raya nanti scedul aq mang penuh. Dari hari aq cuti til aq naik cuti nanti. Peh, mang seronok giler. Perkara yang aq paling suka hari raya nie ialah marhaban. Owg kat kampong aq akan bermarhaban dari rumah ke rumah. Time nie la kita dapat menikmati juadah yang jarang kita dapat lihat. Contohnya brasak(org boyan nyer makana, sedap wooooo makan ngan asam pedas ikan parang, kalau spelling salah sowi ea), pulut dalam periuk kera( aq lupa name dia ape) dll. Bermarhaban nie bukan tok makan je ea, time nie gak aq leh jumpe ngan kengkawan sepermainan aq dedulu. Huhuhu.. dah bebeso memasing. Ada gak yang dah jadi bapak orang. Huhuhuhu. Turn aq bila la ek…

Jangan lupa ea, kalau datang ke Kota Tinggi singgah2 lah umah aq… area air tawar jerk.. sms k. dan blog nie akan di biarkan selama pemergian ku . jumpa ag 25 september nanti dengan n3 yang best2. Tunggu hokey…



Oklah. Aq nak tutup n3 aq nie ngan ucapan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kepada semua yang mengenali diri ku.. wan nak minta ampun dan maaf, halalkan segala yang wan termakan n terminum , jika wan ada terkasar bahasa, terlepas cakap, wan sembah sepuluh jari memohan ampun dan maaf. Semoga aaidilfitri nie dapat mengeratkan lagi silaturahim kita hingga akhir hayat. Insyaallah.


p/s. ade ke patot bos aq cakap, aq nak melangsungkan pertunangan raye nie,… umah mertua pon aq x tau kat mane.. huhuhu..


06 September 2009

khas ku tujukan kepada insan yang bernama 'ayah'

Salam Ramadhan… hari ni bukan hari bapa.. tetapi ada 2 kisah ayah yang aq nak kongsi dengan kowang..



Satu cerita dari kisah kasihnya seorang ayah kepada anaknya… dah satu lagi kisah sadis seorang anak terhadap ayahnya..

Kisah 1…..
Sudah hampir 3 bulan aq berkenalan dengan seorang insan yang bernama abg man… dia seorang yang sangat periang, open mainded, n penuh dengan perasaan kasih sayang… dia seorang ayah tunggal hampir 3 tahun.. membesarkan 3 orang anaknya sendiri hampir 2 tahun.. dengan waktu bekerja… masa dgn anak2 lagi… n apa yang buat aq tersentuh dia sangat menyayangi adam.. anak sulungnya yang istimewa.. memerlukan perhatian khusus.. cuba baca cerita yang telah abg man tulis dalam laman sosialnya…


“A friend of mine shares this story to me this morning, I have made some modification and the story has something to tell...


One old man was sitting with his 25 years old son in a train. The train is about to leave the station. All passengers are settling down on their seats. As the train moving, the young man was filled with lot of joys and curiousity.
He was sitting on the window side. He put one hand and let the feeling of the passing air. He shouted,
"Papa see all tress are going behind".
The old man smiled and admire his son's feeling. Beside the young man there was a couple sitting and listening to all the conversation between father and son.
they were little annoyed and felt awkward to see the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddently the young man again shouted,
"Papa see the pond and animals, clouds are moving with the train".
The couple was watching the young man with annoying feelings.
Now it's started to rain and some rain water drops touches the young man's hand. He felt the joy and close his eyes. He shouted again,
"Papa it's raining, the rain water is touching me, see Papa".
The couple couldn't help themselves and ask the old man.
"Why don't you visit the Doctor and get your son treated"
The Old man said,
"Yes, we were coming from hospital, only today my son has got his eyes for the first time in his life"

The above story touches me personally...why?

I have a son...a child with "Aspergent Syndrome" a mild Austism. His passion was with train as well and behave in the same manner of the young man above.

I love him very much...I gave him my undivided love and attention, as I know others who have not encountered with such wonderful people would not be able to understand the love and fullfiling having such child...

XXXX, papa loves you very much.”
Tersayat hati aq membaca artikel nie… begitu besar pengobanan seorang ayah terhadap anaknya… semoga abg menjadi seorang ayah yang sempurna di mata anak2 kelak.. hanya tuhan je yang dapat membalas jasa yang telah abg berikan kpd anak2 abg.. insyaallah
Kisah 2…
Aq masih ingat pada waktu tu.. dah la panas terik, kena berdiri plak dalam bas .. dah la perjalanan dari sekolah ke rumah makan masa 45 minit.. sabar jer lah..
tuhan je tau rasanya pada masa tu.. dugaan bulan pose,.. tibe umah je aq terus terlentang atas katil… penat woo.. pose plak tu.. sabo2.. tetibe jerk aq tedengo bunyik pinggan kat dapo.. mak ai, baru pukol brapa mak nak masak juadah berbuka nie? Buang tebiat ke pe?.. aq g la nengok.. biasanya kalau mak aq masak aq lah yang suka menyebok.. ye lah dapat gak bekalan resepi turun temurun tok nenek aq.. disamping dapat meningkatkan skill memasak aq.. huhuhuhu.. cayang mak…
Tiba kat dapo alangkah tekojotnya a.k.a. kaget melihat ayah aq tengah dok kat meja makan sambel menyuap nasi ke mulot.. walawei… baru kol brape nie ayah aq berbuka…tadi baru je masuk waktu Zuhur… asar pon lom ag.. pe tah ag magrib.. lagi 5 jam tu.. sabo jelah… ayah aq x pose… mendidih jerk hati aq ngok ayah aq stil menyuap nasi ke mulot walaupon dah tertangkap basah dek anak dia.. selamberk jer dia.. huuhuh.. dasar x tau malu.. nak jadi ketua keluarga konon.. pose pon ponteng.. bentak hati ku.. makin meneballah rasa benci aq terhadap insan yang aq gelarkan ayah..dah la sentiasa bersikap dingin n bengis terhadap anak2.. lagi2 aq.. pantang tersalah sikit.. habis jadi bubur lambuk la aq dikerjakannya…sedihnya.. hehehehe…

Pas aq abes skolah aq mula mencari identiti diriku yang sebenar.. dunia pekerjaan menjadi keutamaan aq.. aq x sambong blajo pon walaupon keputusan spm aq ditafsirkan membanggakan oleh keluarga aq… punah harapan mak aq nak nengok aq masuk u.. maafkan owg mak…slama 2-3 tahun gak la aq x beri kabo berita kat family.. aq dah buang keluarga…bak pantun melayu dedulu…
“Nasi lemak buah bidara;




Sayang selasih hamba lurutkan;




Buang emak buang saudara;




Kerana kasih hamba turutkan.”

Huhuuh.. menyesal dah x beguna masa tu…




Dipendekkan cerita pas aq kembali ke pangkuan keluarga.. emak kena operation coz apendik dah pecah. Sedih woo ngok mak kat spital.. hampir 3 tahun x jumpa mak.. macam jejak kasih plak.. aq volentier nak menjaga mak lepas keluar spital.. pada masa mak sakit tu aq baru dapat tahu yang ayah aq pon sakit gak.. kaget lagi aq
huhuh…
rupa2nya ayah ada penyakit buah pinggang.. tapi x merbahaya sangat coz ayah rajin makan ubat… aq pon terkaget lagi bila mak bg tau yang ayah dah hampir 10 tahun makan ubat… setiap 5-8 jam sekali dia kena mengambil ubat.. wawawa..
so selama nie yang dia terkantoi makan time bulan pose tu coz kena makan ubat….. aq terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.. start hari tu aq mahu membina jati diri baru..segala pengalaman semasa merantau aq akan jadikan sempadan.. berfikir sebelum bertindak..
kena pandai menilai hitam putih kesan perbuatan kita…

Alhamdulillah, tuhan masih menyayangi aq… aq berjanji akan buat yang terbaik untuk membahagiakan ayah aq..
sebab dia makan ubatlah aq n semua adik beradikku dapat meneruskan kelangsungan hidup di dunia nie,.. terima kasih ayah… owg tahu mungkin ada sebab mengapa ayah terlalu garang ngan owg pada zaman owg kecik dulu.. kalau x kerana sebatan ayah, x mungkin owg berdiri sebagai diri owg skarang.. I luv u so much..


So moral kedua2 cerita nie ialah sayangilah ayah kowang.. jangan sampai mereka dah xde baru kowang nak menyesal..
dah xde gunanya lagi..
selagi mereka stil membuka mata di alam yang sementara nie, kita kenalah membahagiakan mereka… kasih mereka sampai ke syurga.. kepada yang dah xde ayah lagi, alfatihah….
Ayah owg sayang ayah sangat2…
luv u 4ever,……